Korporat
Khamis, 25 Mei 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM80,500 kepada 161 orang asnaf fakir miskin di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, Program Ehsan TH; bertempat di Dewan Komuniti Bagan Serai Majlis Daerah Kerian, Perak.
Pada tahun ini, Program Ehsan TH mensasarkan sumbangan kepada seramai 1,941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. Sumbangan zakat ini telah disempurnakan oleh YBhg. YBhg Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Penerima sumbangan zakat Program Ehsan TH terdiri daripada warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) yang miskin tegar.