Korporat
Khamis, 25 Mei 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM45,000 kepada 90 orang asnaf fakir miskin di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, Program Ehsan TH; bertempat di Dewan Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka.
Pada tahun ini, Program Ehsan TH mensasarkan sumbangan kepada seramai 1,941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. Sumbangan zakat ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz, Ahli Lembaga Pengarah TH. Penerima sumbangan zakat Program Ehsan TH terdiri daripada warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) yang miskin tegar.