Korporat
Khamis, 24 Mac 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,96juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap Seremban, Negeri Sembilan.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 4.27 peratus berbanding RM1,882,114.44 (2014).