Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menyampaikan cek berjumlah RM20,000 bagi manfaat Takaful Kematian Jemaah Haji kepada Puan Suriahanim Abdul Hamid, 41 iaitu balu kepada Allahyarham Zulkifly Samad, 50 dalam satu majlis ringkas di Taman Ukay Bistari, Ampang.
Penyerahan cek tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dalam sesi lawatan dan ziarah terhadap waris dan keluarga Allahyarham.
Allahyarham Zulkifly Samad merupakan jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia berikutan insiden rempuhan di Mina. Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 9:30 pagi (waktu Saudi), 24 September 2015 dan merupakan antara jemaah haji Malaysia yang menunaikan haji pada musim haji 1436H yang lalu. Jenazah Allahyarham telah diuruskan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ek di Makkah.
Keprihatinan TH - Balu Bersyukur
Korporat
Khamis, 18 Februari 2016