Korporat
Khamis, 4 Februari 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Bonus Pendeposit TH 2015 dengan kadar 5% Bonus Tahunan, dan tambahan Bonus Haji sebanyak 3% untuk para pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.
Pengumuman tersebut dibuat oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi THdan YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ahli-ahli Lembaga Pengarah TH serta pegawai-pegawai kananTH.