Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengumumkan Bonus Bagi Tahun Kewangan 2013 kepada para pendeposit TH dengan kadar sebanyak 6.0% sebagai Bonus Tahunan dan tambahan Bonus Haji sebanyak 2.0%. Pemberian bonus tahun ini selain daripada menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di TH, ianya juga memberi keutamaan kepada majoriti akaun para pendeposit yang belum menunaikan haji.
Majlis pengumuman tersebut berlangsung di Dewan Besar, Bangunan Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YB. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pegawai-pegawai kanan TH.
TH UMUM BONUS PENDEPOSIT 2013
Korporat
Khamis, 30 Januari 2014