Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan Majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-32, bertempat di TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dan turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Syed Abas Syed Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,
Muzakarah Haji yang berlangsung selama empat hari bermula dari 11 sehingga 14 Disember 2015 itu, memberi peluang kepada Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) dan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS) bersama-sama berkongsi ilmu serta membina keseragaman dalam penyelarasan hukum-hukum dan mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah.
Ilmu dan penyelarasan hukum-hukum juga dikongsi bersama para delegasi daripada negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei Darussalam, Filipina, Thailand dan Kemboja yang turut hadir dalam Muzakarah kali ini.