Majlis Ikrar Bebas Rasuah bertujuan untuk memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para kepimpinan TH dan anggota dalam kapasiti sebagai individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah dan salah guna kuasa, sepanjang melaksanakan tugas.
Majlis ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Zon Tengah (bertempat di Nilai Spring Resort, Nilai), Zon Selatan (bertempat di Royale Chulan Seremban) dan Zon Timur (bertempat di TH Hotel Terengganu).Yg Bhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan YBhg. Dato’ Mohamad Yusoff Akope,
Ketua Pegawai Integriti TH telah menghadiri kesemua tiga-tiga majlis yang berlangsung.