Korporat
Ahad, 9 Oktober 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) menyertai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MARA 2016 di Hotel Premiera yang berlangsung selama dua hari bermula 8 Oktober 2016 (Sabtu) dan berakhir pada 9 Oktober 2016 (Ahad).
Antara agensi yang turut serta adalah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Permodalan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Celcom.
Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang peluang pekerjaan dalam pelbagai industri, peluang keusahawanan dan juga sebagai platform perkongsian idea baru daripada ikon yang telah berjaya. Karnival ini terbuka kepada orang awam.