Operasi Haji Tabung Haji bagi Musim Haji 2015M/1436H bermula dengan penerbangan Pertama Bakal Haji Malaysia ke Tanah Suci (KT1) hari ini.
Penerbangan pertama membawa seramai 450 orang bakal haji tersebut berlepas ke Tanah Suci pada jam 5.30 pagi dengan pesawat SV5701 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz, Madinah pada jam 1.00 petang (waktu Malaysia) atau jam 9.00 pagi (waktu Saudi).
Bakal haji mula mendaftarkan diri pada jam 1.30 pagi dan diberikan taklimat pelepasan di Dewan Melawati, Kompleks Haji Kelana Jaya sebelum bergerak dengan bas yang disewa khas ke KLIA.
YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH, dan beberapa orang Pengurusan Kanan TH antara yang hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada bakal-bakal haji tersebut.