Haji
Ahad, 29 Julai 2018
Urusan keberangkatan pertama jemaah haji Negeri Sabah melalui KT18S telah bermula pada 29/7/2018.
Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji bagi penerbangan ini telah disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Juhar bin Datuk Hj. Mahiruddin.
Majlis bermula pada pukul 4:00 petang dan selesai pada pukul 4:55 petang dengan keberangkatan Jemaah Haji menaiki bas ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jemaah dijangka berlepas ke KLIA pada pukul 8:30 malam.
Turut hadir pada majlis pelepasan ini YBrs Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Ketua Sumber Manusia TH merangkap Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air 1439H|2018M dan beberapa Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan/agensi terlibat.