YB Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (22-23 Jun 2019) bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas.
Kursus ini melibatkan kira-kira 1052 orang peserta seluruh negeri Pulau Pinang. Turut hadir ke majlis berkenaan YB Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dr Afif bin Bahardin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibussamahah Prof. Dato’ Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji mewakili TH di majlis ini.