Haji
Selasa, 22 Februari 2022
KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan lesen Pengelola Jemaah Haji kepada 22 buah syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1443H/2022M.
Menurut Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pelantikan sebanyak 22 syarikat PJH yang terpilih ini adalah antara langkah awal TH bagi persediaan musim haji yang dilakukan pada setiap tahun.