Korporat
Sabtu, 26 November 2016
Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan satu Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-33, Musim Haji 1438H di TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji).
Muzakarah Haji Ke-33 ini bermula pada 25 November sehingga 28 November 2016. Lebih 300 orang peserta dari seluruh negara menyertai Muzakarah kali ini.
Sebanyak 6 buah negara Asia Tenggara seperti Brunei, Indonesia, Kemboja, Singapura, Filipina dan Thailand turut dijemput menyertai Muzakarah ini.