Korporat
Sabtu, 15 Oktober 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut kepulangan kumpulan terakhir Jemaah Haji Malaysia dari Tanah Suci bagi Musim Haji 1437H/2016M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis sambutan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta Pengurusan TH.
Kumpulan terakhir jemaah haji ini telah berlepas dengan pesawat Saudi Arabian Airlines (SV5610) dari Lapangan Terbang Prince Mohammad bin Abdul Aziz, Madinah pada hari Sabtu, 15 Oktober 2016, jam 1.00 pagi (waktu Saudi) dan tiba di KLIA pada jam 2.10 petang (waktu Malaysia, hari yang sama).