Korporat
Sabtu, 1 Ogos 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M bagi semua negeri di seluruh negara secara berperingkat bermula pada 31 Julai sehingga 16 Ogos 2015.
Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M Peringkat Negeri Pahang dirasmikan oleh YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini. Kursus ini berlangsung selama dua (2) hari bermula hari ini sehingga Ahad, 2 Ogos 2015. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Sumber Manusia TH.