YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Haji Ahmad Bin Yakob, hadir mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang jemaah haji Negeri Kelantan yang terdiri 62 orang jemaah lelaki dan 88 orang jemaah perempuan di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.
Kumpulan ini dijadualkan berlepas menerusi penerbangan KT05D (MH8427) pada 6 Julai 2019 pukul 1.00 pagi dari Kota Bharu Ke KLIA. Mereka kemudiannya meneruskan penerbangan ke Tanah Suci dari KLIA menerusi penerbangan KT05 (MH8104) pada pukul 5.30 pagi dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 9.00 pagi (waktu Arab Saudi).
Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Zainal Abidin Omar, Pengurus Besar Strategik Sumber Manusia TH; Tuan Haji Ashrof Shamsudin, Timbalan Pengarah TH Negeri Kelantan, wakil agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dan para petugas.