Haji
Sabtu, 30 Jun 2018
Sabtu, 30 Jun 2018 - YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, mewakili YAB Menteri Besar Pahang, menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung selama dua hari (30 Jun - 1 Julai 2018) bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, Pahang.
Kursus ini melibatkan 2,406 orang peserta dari jumlah keseluruhan bakal jemaah haji negeri ini seramai 2,502 orang. YM Ustaz Tengku Aziz bin Raja Abdullah, Pengurus Besar Bimbingan, Jabatan Haji, mewakili TH di majlis ini.