Haji
Sabtu, 30 Jun 2018
Sabtu, Lumut, Perak 30 Jun 2018 - YB Dr. Abdul Aziz Bin Bari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Penerangan Negeri Perak hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perak yang berlangsung selama dua hari (30 Jun - 1 Julai 2018) bertempat di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.
Kursus ini melibatkan 2,900 orang peserta dari jumlah keseluruhan jemaah negeri ini seramai 3,400 orang. YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani juga turut hadir mewakili TH dalam majlis ini.