Haji
Sabtu, 30 Jun 2018
KEPALA BATAS, 30 Jun 2018 - TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abd Rahman bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (30 Jun -1 Julai 2018) bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kursus ini melibatkan kira-kira 1,439 orang bakal haji dari seluruh negeri Pulau Pinang. YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji mewakili TH pada majlis ini.