Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim telah berkenan mencemar duli untuk hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji 1440H/2019M Peringkat Negeri Perak. Kursus ini berlangsung selama dua hari (22 & 23 Jun 2019) bertempat di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Kursus ini melibatkan penyertaan lebih daripada 2,700 orang bakal jemaah dari seluruh negeri Perak.
Turut hadir ke majlis berkenaan adalah YB Encik Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak, Tuan Haji Mohd Ridzuan Wahi, PB (Simpanan & Pengeluaran), Tuan Haji Rozimin Ahamed Kamil, Pengarah TH Perak, pegawai dan kakitangan agensi Kerajaan Negeri Perak serta anggota TH.