Majlis Ikrar Bebas Rasuah TH Cawangan Zon Utara telah diadakan pada 27 Januari 2018 lalu di TH Hotel &
Convention Centre Alor Setar, Kedah.
YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani,
Ketua Pegawai Operasi TH, YBhg. Dato’ Mohamad Yusoff Akope, Ketua Pegawai Integriti TH bersama-sama
YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Aban, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang turut
menyaksikan sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah TH Cawangan Zon Utara.
Majlis ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para kepimpinan TH dan
anggota untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti menjauhi diri daripada terlibat dengan rasuah dan
salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.
Ikrar Bebas Rasuah TH Zon Utara
Korporat
Sabtu, 27 Januari 2018