Haji
Sabtu, 22 Jun 2019
YB Datuk Mohd Sofi Abd Wahab, Timbalan Pengerusi, Majlis Agama Islam Melaka, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (22-23 Jun 2019) bertempat di Universiti Teknikal Melaka.
Kursus ini melibatkan kira-kira 1,500 orang peserta seluruh negeri Melaka. Kursus Perdana ini dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan jemaah haji yang berpengetahuan serta berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji.
Turut hadir ke majlis berkenaan YBhg Tuan Haji Hizamuddin Jamalluddin, Ketua Pegawai Strategi Dan Ketua Staf TH , Tuan Haji Amat Kassim Pait, Pengarah Negeri TH Negeri Melaka dan anggota TH Negeri Melaka.