Haji
Sabtu, 20 April 2024
KUALA LUMPUR, 20 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Wilayah Wilayah Persekutuan 1445H/2024M dan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim Bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Wilayah Persekutuan.
KPH ini bermula pada 20 April 2024 sehingga 5 Mei 2024 di 17 buah lokasi terpilih seluruh negara yang menghimpunkan seramai 31,600 bakal haji. KPH ini merupakan kursus persediaan terakhir kepada bakal haji sebelum berangkat ke Tanah Suci dalam memberi fokus kepada latihan praktikal manasik haji seperti tawaf, sa’ie, berwukuf dan melontar jamrah, sekali gus memberi sedikit sebanyak gambaran suasana sebenar di Tanah Suci nanti.