KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1443H di Dewan Besar, Tabung Haji.
Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Hj Idris Haji Ahmad serta Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Sri Amrin Awaluddin dan Pengarah Eksekutif Haji, Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Wakil dari agensi dan syarikat yang terlibat dalam Operasi Haji dan Sahabat Korporat TH juga turut dijemput hadir.
TH telah menerima sumbangan bernilai RM1.8 juta daripada 12 organisasi melalui program “Sahabat Korporat TH” yang turut membantu melancarkan urusan ibadah jemaah haji Malaysia. TH kekal komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua jemaah haji Malaysia pada setiap musim Haji.