Korporat
Rabu, 14 Julai 2021
KUALA LUMPUR, 14 Julai 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama NGO Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) mengadakan Kempen Sumbangan Susu Ensure Gold untuk disalurkan ke Pusat Jagaan Mahmudah Semenyih, Selangor.
Ketua Jabatan Modal Insan (JMI), Puan Rina Sharif mewakili TH telah menyerahkan sumbangan susu tersebut kepada Presiden ASAS, Puan Siti Noraishah Tan Sri SM Salim di Lobi Menara TH Tun Razak. Manakala, Puan Myrzela binti Sabtu, turut menyumbang bagi pihak Jabatan Hartanah TH.
Jabatan Modal Insan (JMI) melalui inisiatif #THrivingVolunteers mengucapkan terima kasih kepada warga TH yang telah menyumbang. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal di atas sumbangan dan kebaikan.