JEDDAH, 15 JANUARI 2025 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, satu Majlis Tandatangan Memorandum bagi memberikan perkhidmatan haji terbaik kepada Jemaah Haji Malaysia, satu Memorandum Urusan Haji bersama Kerajaan Arab Saudi telah ditandatangani semalam.
Majlis ini diadakan dalam kunjungan hormat Yang Berhormat Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama-sama Pengurusan Tertinggi TH bertemu Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Fawzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi di Jeddah.
Memorandum yang dimeterai ini melibatkan beberapa persetujuan antaranya jumlah kuota haji rasmi negara sebanyak 31,600 orang bagi musim 1446H/2025M dan mematuhi garis panduan ketibaan dan pergerakan pulang jemaah haji di lapangan terbang Madinah dan Jeddah.