Korporat
Isnin, 17 Disember 2018
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Ikhtiar TH Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Seminar Aras 1, Bangunan Perkim, Kuala Lumpur.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Hanifah Kamarudin, Timbalan Pengarah Negeri TH Wilayah Persekutuan. Seramai 18 usahawan Asnaf dari beberapa bahagian dalam Wilayah Persekutuan hadir dan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM 119,000.00.
Turut hadir ialah YBhg Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, pengurusan kanan MAIWP, ahli keluarga para penerima serta anggota-anggota TH.