Majlis kesyukuran tersebut telah dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Wakil dari agensi dan syarikat yang terlibat dalam Operasi Haji juga turut dijemput hadir.
Majlis kesyukuran ini diadakan setiap tahun bertujuan menzahirkan kesyukuran di atas kejayaan TH dan rakan-rakan strategiknya dalam mengendali serta menguruskan operasi Haji yang baik dan lancar. Majlis ini juga sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan lagi hubungan dengan semua pihak yang telah memberi komitmen padu dalam memastikan kejayaan dan kelancaran operasi haji setiap tahun.
MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA TAMAT OPERASI HAJI MUSIM 1435H/2014M
Korporat
Isnin, 1 Disember 2014