Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom merasmikan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1437H di Ibu Pejabat TH, hari ini.
Di dalam majlis ini, TH memberi penghargaan kepada 31 buah agensi daripada sektor kerajaan dan swasta termasuk wakil Kerajaan serta Kedutaan Arab Saudi di atas kerjasama dan sokongan mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada para jemaah haji bagi Musim Haji 1437H/2016M.
Pengurusan haji yang dilaksanakan secara muafakat dan sistematik ini telah meletakkan TH antara institusi pengurusan haji terbaik di dunia.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Kumpulan Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Setiausaha Pertama, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Mr Ali Ibrahim A. Alheji, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg Sahibus Samahah Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri, ketua-ketua agensi kerajaan dan swasta, wakil anak-anak syarikat TH, Pengurusan Kanan TH serta Petugas Haji 1437H.