Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah untuk kegunaan masyarakat setempat khususnya sekitar Guar Chempedak, Kedah. Majlis tersebut telah berlangsung di Pusat Khidmat Parlimen Jerai, Guar Chempedak dan dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dua (2) buah van jenazah yang telah diserahkan pada hari ini masing-masing disumbangkan oleh pihak TH dan Bank Islam. Program ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH dan juga Bank Islam. Penyerahan sumbangan ini menunjukkan keprihatinan pihak TH dan Bank Islam kepada keperluan masyarakat Islam. Diharap sumbangan ini akan digunakan dengan sebaiknya semasa pengurusan jenazah dan ketika berlaku kematian.