Haji
Isnin, 26 Ogos 2019
Waris kepada Allahyarhamah Hajijah @ Sahan binti Saini yang meninggal dunia di Makkah pada 19 Ogos lalu diziarahi oleh wakil dari Pejabat TH Sarikei bertempat di Kampung Tuie Spaoh, Betong, Sarawak pada jam 1:00 petang.
Dalam sesi ziarah tersebut, Pengurus TH Sarikei, Tuan Haji Madehi bin Mahdan telah menyerahkan sumbangan khairat kematian berserta cenderahati berupa air zam-zam kepada waris Allahyarhamah, Haji Hamri bin Jawi. Turut diadakan majlis bacaan tahlil yang dipimpin oleh Tuan Haji Suhaili bin Arabi, Imam Masjid Ar-Rahmah, Sarikei.
Sesi ziarah ini bertujuan bagi menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan TH kepada para waris yang kehilangan insan-insan tersayang di samping memberi sokongan moral kepada mereka.