Korporat
Isnin, 29 Jun 2020
SEPANG, 29 Jun 2020 - Lembaga Tabung Haji ( TH) hari ini menganjurkan Program Pemukiman Sesi Penilaian Setengah Tahun Pelan Strategik TH 2020 yang dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Objektif pelaksanaan program berdurasi tiga hari yang melibatkan Anggota Lembaga TH, Wakil Pengurusan Kanan, Anak-anak Syarikat dan anggota TH ini bertujuan untuk membincangkan pencapaian bagi pertengahan tahun 2020. Selain itu juga, program ini turut menampilkan forum perbincangan dan perkongsian wakil-wakil industri.
YB Menteri di JPM turut sama hadir bagi sesi saranan terhadap TH bersama Anggota Lembaga dan anggota-anggotanya.