Haji
Isnin, 24 Jun 2019
YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung selama dua hari (22-23 Jun 2019) bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Kursus ini melibatkan kira-kira 1,000 orang peserta seluruh Negeri Sembilan. Kursus Perdana ini dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan jemaah haji yang berpengetahuan serta berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji.
Turut hadir di majlis berkenaan YBhg Tuan Haji Hizamuddin Jamalluddin, Ketua Pegawai Strategi Dan Ketua Staf TH , Tuan Haji Khairoddin Ahmad, Pengarah Negeri TH Negeri Sembilan dan anggota TH Negeri Sembilan.