Korporat
Isnin, 20 Jun 2016
Seramai 148 asnaf di Sarawak menerima agihan zakat di bawah Program Ehsan TH.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Tuan Haji Rozimin Ahamed Kamil, Pengarah TH negeri Sarawak di sebuah majlis yang dihadiri oleh penerima dan keluarga masing-masing. Setiap asnaf menerima RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan sumbangan untuk negeri Sarawak sebanyak RM74 ribu.
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu golongan asnaf di Sarawak membuat persediaan untuk Syawal yang akan di sambut tidak lama lagi.