Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini bersama Lembaga Tabung Haji ( TH ) telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM Bersama Petugas Rombongan Perubatan 1440H/2019M.
Majlis amanat ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly, Menteri Kesihatan Malaysia.
Di dalam ucapan Yang Berhormat, beliau memuji kerjasama erat yang sedia terjalin di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan TH telah banyak menghasilkan pencapaian yang membanggakan demi kebajikan para Jemaah, baik di Tanah Air semasa urusan pemeriksaan kesihatan bakal haji atau pun di Tanah Suci semasa menjaga dan merawat jemaah haji supaya dapat menyempurnakan ibadat haji.
Turut hadir sama di dalam majlis ini ialah YBhg. Dato ‘ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Pengurusan), Tuan Haji Nurrinanuwar Shamsuddin, Pengurus Besar Pengurusan Haji, YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan serta beberapa pengarah/pegawai Kementerian Kesihatan serta para petugas haji rombongan perubatan, Musim Haji 1440H/2019M.