Haji
Isnin, 15 Jun 2020
KUALA LUMPUR, 15 Jun 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menganjurkan satu sesi taklimat khas kepada wakil-wakil Pengelola Jemaah Haji (PJH) khususnya membincangkan tentang isu dan permasalahan yang dihadapi ekoran penangguhan haji.
YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Haji yang hadir menyampaikan taklimat ini turut menasihati para PJH untuk menerima keputusan yang diambil Kerajaan dengan lebih terbuka meskipun perniagaan mereka terjejas. Beliau juga menjawab beberapa persoalan yang diutarakan semasa sesi soal dan jawab.
Turut hadir YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta Wakil Pengurusan Jabatan Haji.