Pulau Pinang 30 APRIL 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 2,414,767.78 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara, kediaman rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ (DR.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Pembayaran zakat TH bagi negeri Pulau Pinang ini mencatatkan peningkatan sebanyak 10.85 % berbanding RM 2,178,499.84 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Hj Abdul Malik Abul Kassim Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Hj Wan Salim Wan Mohd Nor Mufti Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Hj Sazali Hj Husein Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Tuan Haji Syukor Jangga Pengarah TH Negeri Pulau Pinang dan para pegawai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta anggota TH.