Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 1,165,373.16 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah dalam satu majlis ringkas di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.
YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani , Ketua Pegawai Operasi TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin. Pembayaran zakat TH bagi negeri Sabah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 11.15% berbanding RM 1,048,485.95 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Junaidi bin Jumahad Timbalan Pengerusi MUIS, Tuan Haji Mohd Zaratkhan Haji Abd Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah Pusat Kutipan Zakat Sabah, YBhg Datin Hajah Nurlaila bt Haji Said Pengarah TH Negeri Sabah dan para pegawai Majlis Ugama Islam Negeri Sabah serta anggota TH.