Korporat
Isnin, 7 Mac 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM4.6juta bagi tahun kewangan berakhir 2015 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi..
Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3.21 peratus berbanding RM4.4 juta pada tahun 2014. Negeri Johor merupakan negeri pertama dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH pada tahun ini.