Korporat
Isnin, 3 Mac 2014
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima pembayaran zakat TH di dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap semalam.
Pembayaran zakat sebanyak RM1, 767,832.20 itu dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH.
Turut hadir di majlis tersebut ialah YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, YB. SS. Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, YBhg. Dato' Haji Razak bin Mansor, Tuan Haji Wahyudin Tamami, pegawai-pegawai Pusat Zakat Negeri Sembilan dan TH.