Korporat
Khamis, 22 Disember 2022
PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 - Majlis Pelancaran Dan Perlepasan Skuad Musa'adah Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di Pekarangan Kompleks Islam Putrajaya.
Prihatin dengan musibah banjir yang menimpa Pantai Timur, TH telah menyumbang sejumlah RM500,000 dalam bentuk barangan Kit Solat bernilai RM300,000 dan sumbangan tunai berjumlah RM200,000. Agensi-agensi lain turut menyumbang dalam misi bantuan banjir ini dalam bentuk barangan keperluan, makanan dan wang tunai.