Haji
Khamis, 7 Disember 2023
KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 25 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk Musim Haji 1445H/2024M.
Semua wakil PJH pada majlis tersebut telah diberi taklimat mengenai Terma dan Syarat Perkhidmatan Pakej Musim Haji 1445H/2024. TH berharap orang ramai sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak mahu kes yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini di mana ada jemaah haji terkandas akibat ditipu oleh syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan pakej haji.