
Haji
Khamis, 21 November 2024
KUALA LUMPUR, 21 NOVEMBER 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik 37 syarikat pelancongan tempatan, termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M.
Penambahan bilangan PJH kepada 37 syarikat pelancongan tempatan bagi musim 1446H/2025M ini berbanding 25 syarikat PJH pada musim lalu menunjukkan komitmen TH dalam memberi peluang kepada syarikat pelancongan tempatan yang telah memenuhi syarat dan kriteria bagi mengelola jemaah haji negara.
