KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan Pelancaran Pelan Integriti TH 2023-2027 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Dewan Besar TH hari ini. Pengarah Urusan Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhrs Tuan Haji Syed Hamadah telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bersama-sama barisan pengurusan dan anggota TH dan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Pelan Integriti ini adalah maklumat terkini berkenaan tadbir urus korporat, pengurusan risiko rasuah dan etika perniagaan bertujuan memberikan pendedahan kepada Ahli Lembaga Pengarah TH, Panel Pelaburan, Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat TH dan pihak Pengurusan Tertinggi TH dalam memberikan penerapan budaya integriti di dalam organisasi.