
Korporat
Jumaat, 15 November 2024
TERENGGANU, 15 November 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah menyerahkan sumbangan Program Iqra’ IPTA berjumlah RM350,000.00 kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam Majlis Hi-Tea Diraja sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-16 di Taman Tamadun Islam, Terengganu.
KDYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah selaku Canselor UniSZA berkenan menerima replika cek sumbangan yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Nizan Johar, Pengarah TH Negeri Terengganu.
