KEM PERDANA SUNGAI BESI, 4 NOVEMBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM90 ribu melalui penyerahan Mock Cheque untuk senggaraan Pusat Tuisyen di bawah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Kem Tentera Darat pada Majlis Anugerah bagi peringkat zon tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) yang disampaikan oleh Tuan Haji Khairul Azihar bin Rapar, Pengarah Negeri Wilayah Tengah (TH) di Dewan Zulkifeli Zin , Kem Perdana Sg Besi dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain. Majlis anugerah ini juga turut dilaksanakan di peringkat Formasi dan Pangkalan seluruh Malaysia secara _yang dibahagikan mengikut beberapa zon.
Majlis anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan galakan kepada anak-anak anggota tentera yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anak-anak yang berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA). Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan kepada lebih kurang 164 anak warga ATM yang memperolehi keputusan cemerlang SPM 2021 akan menerima insentif sebanyak RM1,500 seorang secara one-off.
Manakala seramai 64 anak warga ATM yang melanjutkan pelajaran ke IPTA di peringkat Ijazah Sarjana Muda akan menerima insentif RM1,000 seorang juga secara one-off. Demi untuk memberi semangat lagi, seramai 150 orang anak warga ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ljazah Sarjana Muda di IPTA sesi akademik 2021/2022 akan menerima komputer riba percuma. Lembaga Tabung Haji juga tidak melepaskan peluang dengan memberikan sumbangan sebanyak RM220,900 bagi membantu menyediakan keperluan pendidikan anak-anak anggota tentera di kem terpilih dengan jumlah Bantuan Pendidikan untuk Kanak-Kanak tentera dibahagikan kepada (2) bahagian iaitu 4 buah Pusat Komuniti Pendidikan (PKP) untuk anak-anak tentera dan 2 bantuan lagi kepada Taman Asuhan/Taska Kanak-Kanak ATM.