Korporat
Jumaat, 22 Oktober 2021
PUTRAJAYA, 20 Oktober 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini menyumbang 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta bagi menambah keperluan katil-katil ICU di hospital-hospital terpilih di bawah KKM di seluruh negara melalui Program A'fiat TH.
Program A'fiat merupakan salah satu daripada program zakat TH bertujuan untuk membantu hospital-hospital terpilih di seluruh negara dalam memberikan rawatan kepada para pesakit yang terdiri daripada golongan asnaf dan pesakit yang berpendapatan rendah (pesakit daripada keluarga B40).
Sumbangan ini diharap dapat meningkatkan fasiliti kesihatan di hospital-hospital terpilih di bawah KKM untuk manfaat pesakit asnaf dan golongan yang memerlukan.