Korporat
Jumaat, 5 Julai 2024
PULAU PINANG, 5 Julai 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan zakat sebanyak RM3,990,330.95 kepada Zakat Pulau Pinang yang diadakan di Anjung Seri Mutiara, Pulau Pinang.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Syed Hamadah bin Syed Othman menyerahkan replika cek zakat kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang disaksikan oleh Tuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak.