Korporat
Jumaat, 7 Mei 2021
PERAK, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM50,000 kepada 125 golongan asnaf fakir dan miskin di bawah Program Ehsan TH di setiap daerah di negeri Perak.
Program Ehsan TH merupakan salah satu daripada program bantuan kewangan khas yang diagihkan pada bulan Ramadan, bertujuan untuk meringankan beban keluarga asnaf membuat persiapan bagi menyambut hari raya nanti.
TH sentiasa komited dalam memainkan peranan dan menggalas tanggungjawabnya dengan baik. Sejak 2012, lebih 34,000 orang keluarga asnaf seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17.3 juta.